Saturday 18 March 2017

Coretan 8: Akhirnya....

Alhamdulillah,

Ingat tak post Feena sebelum ini? Walaupun Feena dah terlambat hampir beberapa bulan tetapi Feena tetap nak beritahu yang akhirnya cerpen Feena diterima untuk dimasukkan ke dalam Antalogi Cerpen Helo terbitan JS Adiwarna!


Inilah antalogi cerpennya. 

Cerpen Warkah Rindu Bertinta Biru ini terhasil dengan menggunakan tema 'Helo' yang menjadi syarat pertanding Antologi Cerpen Helo. Feena gunakan medium komunikasi tradisional iaitu surat untuk berikan kelainan dalam cerpen Feena. Di bawah adalah sedikit sedutan awal cerpen tersebut:




Tak puas? Hehe...kenalah beli Antalogi Cerpen Helo. Dijamin puas hati kerana antalogi ini memuatkan 40 karya penulis yang berbakat semuanya. Kalau ikutkan Feena hanya mampu baca separuh (sibuk sangat dengan assignment. Yelah, budak MBA...hehe...). Insyallah, selepas tamat semester 3, barulah Feena ada masa nak baca novel. Sekarang ini pun Feena tengah sibuk membahagikan masa untuk menulis semula manuskrip FYI, DTS!  Feena akan pastikan novel FYI, DTS! diterbitkan, Amin.

Okeylah, nak sambung buat assignment ni. Kalau ada masa, Feena akan sambung balik novel-novel yang lepas. He he...

Link Antalogi Cerpen Helo di Goodreads:
https://www.goodreads.com/book/show/32814635-antologi-cerpen-helo?from_search=true

Tuesday 6 September 2016

Coretan 7: Never Give Up is the Key of Success

Salam kepada semua pembaca blogger yang amat Feena sayangi,

Hehehe, pertama kali Feena nak ucapkan berjuta-juta ucapan maaf kepada semua kerana hampir empat bulan menyepikan diri daripada blog 'Nukilan Si Gadis Berkaca Mata'. Bukan malas atau sudah tidak berminat untuk menulis cerita baru tetapi Feena dilambakkan dengan tuntutan sebagai seorang pelajar. Ya, Feena sekadar sudah hampir empat bulan bergelar pelajar Master in Business Administration. Menjadi pelajar Master bukan perkara yang senang tau. Feena agak terkezutt ketika mula-mula memasuki semester pertama kerana cara pembelajaran dan pengajaran sangat berbeza berbanding sewaktu di degree dahulu. Bila dapat cuti semester selama tiga minggu, Feena habiskan dengan melayan variety show Korea- Return of Superman, 2 Days 1 Nights, Infinity Challenge etc. (untuk merehatkan fizikal dan mental hehe...). Alhamdulillah, sekarang ni Feena sudah memasuki minggu pertama untuk semester 2. Biasanya minggu pertama, minggu introduction kan tapi lecturer dah siap-siap beri assignment, memang rasa nak nangis pun ada. Tapi sebablah juga, Feena ambil masa untuk menulis di blog ni kerana Feena ada satu berita gembira.


Alhamdulillah, cerpen yang Feena hantar untuk memasuki pertandingan Antalogi Cerpen Helo JS Adiwarna antara yang terpilih untuk dimuatkan di dalam antalogi tersebut. Bila dapat tahu keputusan itu memang Feena menari terkinja-kinja dalam bilik. Siap check berulang kali betul ke atau Feena salah tengok. Rasa gembira tidak terhingga sangat.
Bagi yang membaca post-post Feena terdahulu, kalian pasti tahu yang Feena telah menghantar manuskrip FYI, Dia Tunang Saya kepada publisher. Namun sayangnya tidak diterima. Sedih betul bila memikirkan Feena habiskan masa tiga bulan untuk menghasilkan manuskrip itu. Pada masa yang sama, Feena diberitahu oleh pak cik Google tentang pertandingan cerpen Antalogi Helo ni. Pada waktu itu tinggal lagi beberapa hari sebelum tarikh tutup penyertaan. Feena buat keputusan untuk mencuba nasib. Siap bawa laptop pergi kelas. Waktu pergi majlis pernikahan sepupu pun berhempas pulas untuk siapkan cerpen yang diberi nama 'Warkah Rindu Bertinta Biru'.

Akhirnya, impian Feena untuk melihat karya Feena diterbitkan dalam versi buku tercapai juga. Feena tak akan berputus sampai novel Feena dapat diterbitkan di pasaran. Doakan yang terbaik, ya.



Luv you all,
Afeena Shah.

Sunday 24 April 2016

Wanted: My Runaway Bride 5

Bab 5

“Qayyum, nak makan di mana hari ni?” 

Qayyum sekadar menjungkit bahunya dengan persoalan rakan sekerjanya. Dia yang baru pulang dari Melbourne masih lagi belum dapat mengenal pasti mana tempat makan yang terbaik di kawasan 
Johor Bahru ini. Selalunya dia menerima sahaja cadangan rakan-rakan sejawatnya tanpa sebarang bantahan.

“Kalau macam tu, jom kita pekena nasi ayam Mak Jah.” Najla memberikan cadangan dengan nada yang manja. Adik kepada Nurjihan merangkap salah seorang interior design di sering sahaja mengikutnya ke mana-mana. Walaupun dia sudah menjelaskan yang dia tidak menyimpan apa-apa perasaan kepada wanita itu, namun Najla langsung tidak mendengar katanya. Mahu tidak mahu dia terpaksa melayan kerenah wanita itu selagi tidak melanggar batas perhubungan mereka sebagai teman sejawat.

“Okey juga tu…” Belum sempat Qayyum habis menjawab, dia terkedu sebentar. Pada mulanya dia berasa pelik melihat seorang wanita berjalan mundar-mandir di hadapan tempat letak kereta bangunan pejabatnya. Malah wanita itu kelihatan sedang bercakap seorang diri. Namun apabila diamati dengan teliti, dia mengecam wanita itu adalah Raisya Qistina!

Monday 11 January 2016

WANTED: My Runaway Bride 4

Bab 4
QAYYUM terjaga dari tidurnya apabila mendengar telefon Samsungnya berdering kuat. Dia mengeluh berat sambil mengaru-garu belakang lehernya yang tidak gatal. 'Siapa pula yang ganggu aku tengah-tengah malam ni?'


"Qayyum!!!"

Suara jeritan yang memekakkan telinga membuatkan Qayyum terus hilang rasa mengantuk. Dia mengenali suara lelaki yang 'mengaum' macam dinasaur tyranosaurus itu. Rakan baiknya, Zafran yang sedang berbulan madu di Istanbul itu kemudian membebel dengan kelajuan sama seperti keretapi laju di Jepun. Dia tidak mampu untuk menangkap apa yang Zafran katakan.

Qayyum berdehem tiga kali. Satu tindakan yang bersahaja namun membuatkan rakan baiknya menghentikan bebelannya yang panjang berjela. "Zaf, Zaf, kau tahukan yang aku tak faham kalau kau cakap laju macam bullet train Jepun. So tolong tenangkan fikiran kau dulu dan tarik nafas, lepas, tarik nafas, lepas, tarik nafas, lepas..." arahnya seperti seorang doktor. "Dah tenang dah?"

Tuesday 29 December 2015

WANTED: My Runaway Bride 3

Bab 3

"Huh..." Kamal melepaskan satu keluhan yang berat lagi panjang. Wajahnya seperti seorang yang ditimpa masalah yang besar. Fikirannya menerawang kembali kepada peristiwa beberapa jam yang lalu. Pada saat pertemuan Qistina dengan Qayyum di kedai yang bakal menjadi markas operasi Cik Cupcake yang baru. Bagaimana kakak sepupunya itu hampir terjatuh kerana terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Bagaimana lelaki itu memeluk pinggang kakak sepupunya bagi mengelakkan dari wanita itu terjatuh.

Pada waktu itu, Kamal juga berada dalam keadaan terkejut. Dia tidak menyangka akan dapat berjumpa dengan Qayyum di sini. Dengar cerita dari Qistina, lelaki itu telah pergi bermastautin di Melbourne dan tidak balik sampailah sekarang. Jadi macam mana pula boleh alih-alih muncul di Johor Bahru pula!