Saturday 18 May 2013

Fyi, Dia Tunang Saya Bab 1


Bab 1
4 minggu yang lalu...

Wow, boleh tahan juga lapangan terbang dekat Malaysia ni!” Pengakuan Sophie yang lantang membuatkan Ain Fazira sekadar mengelengkan kepalanya. Inilah bahananya membawa rakan baiknya yang ‘hiperaktif’ seperti kanak-kanak Ribena itu pulang bersama-sama ke Malaysia.

            Ain Fazira memandang Sophie yang teruja dengan suasana di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Rakan baiknya itu seronok sekali kerana pertama kali menjejakkan kaki ke tanah air bapa kandungnya. Mungkin tiada sesiapa yang menjangka wanita yang berambut perang, berkulit putih, berhidung mancung serta bertubuh tinggi lampai itu memiliki darah kacukan Melayu-Inggeris.

‘Dia ni kalau aku cakap ‘jakun’, dia faham tak maksudnya?’

            “I could not wait to visit KLCC Twin Tower! Faz, you jangan cakap yang you dah terus kena masuk kerja pula. Seminggu ini you kena teman I jalan-jalan, faham!” Sophie menudingkan jarinya tepat ke hidung Ain Fazira yang sedang mengelamun sambil memberikan amaran.

            “Yes, mem,” ujar Ain Fazira yang malas mahu bertekak dengan rakan baiknya itu. Dia sebenarnya juga berura-ura untuk berehat selama seminggu sebelum memulakan kerja barunya. Dia ingin mengambil kesempatan untuk melepaskan rindu pada tanah airnya yang sudah hampir tujuh tahun ditinggalkan.

            Jawapan Ain Fazira membuatkan Sophie tersenyum puas. Gandingan dua orang wanita itu kelihatan seperti langit dan bumi. Ain Fazira lebih selesa berpakaian blaus kot berwarna gelap dipadankan dengan seluar slack yang kelihatan agak formal. Manakala rakan baiknya itu memakai sundress berwarna jingga dipadankan dengan cardigan kuning dan skinny jeans berwarna hitam persis seorang remaja. Padahal umur Sophie lebih tua tujuh tahun daripada Ain Fazira yang baru berusia dua puluh lima tahun.

            Mama Ann selalu berkata mungkin disebabkan perbezaan perwatakan antara mereka membuatkan mereka saling melengkapi dan serasi bersama. Kelemahan Ain Fazira adalah kekuatan Sophie dan begitu juga sebaliknya. Selama tujuh tahun tinggal di perantauan, tiga tahun di Paris untuk melanjutkan pelajaran dan empat tahun bekerja di London, keluarga Sophie telah banyak membantunya dan menganggapnya seperti ahli keluarga sendiri. Oleh itu, dia sangat menghargai persahabatannya dengan Sophie walaupun wanita itu perangai agak ‘kegila-gilaan’.

“Kurang ajar!!!” Jeritan berserta bunyi barang jatuh dan pecah mengejutkan Ain Fazira dan Sophie yang asyik berbuat sementara menunggu orang untuk mengambil mereka pulang.


            “What is that? A fight?” Sophie yang memang suka ambil tahu hal orang terus menarik tangan Ain Fazira untuk melihat dengan lebih dekat. Mereka terpaksa berhimpit-himpit dengan kerumunan orang ramai yang turut terkejut melihat pergaduhan di lapangan terbang itu.

            “Faz, apa yang mereka gaduhkan? Translatekan untuk I!” Pinta Sophie yang lebih kepada mengarah. Dia kelihatan teruja melihat ‘drama Melayu’ yang berlaku di hadapan matanya.

            Ain Fazira berdengus kecil. Dia tidak mengerti kenapa ada orang yang suka buat hal di khalayak ramai. Bukankah lebih elok kalau mereka berbincang daripada memalukan diri di depan orang ramai? Namun Ain Fazira turutkan juga kemahuan Sophie kerana tidak mahu wanita itu membebel nanti. Pandangannya kini tertumpu kepada dua lelaki yang menjadi punca kekecohan tersebut.

***

Pengawal, cepat bawa orang gila ini pergi!”

Amir Fikri berusaha untuk bangun daripada lantai. Dia memegang pipinya yang lebam kesan tumbukan ditujukan kepadanya tadi. Matanya kini memancar dengan api kemarahan terhadap lelaki yang sedang ditenangkan oleh beberapa orang pengawal keselamatan lapangan terbang itu.

            “Kau jangan ingat kau boleh lari macam itu saja! Kau kena bertanggungjawab terhadap Shirin!” Bentak Amirul Syakir yang masih ditahan oleh pengawal keselamatan lapangan terbang tersebut. Lelaki itu meronta-ronta meminta dilepaskan.

            Kata-kata Amirul Syakir membuatkan Amir Fikri tersenyum sinis. Kot berjenama yang dipakainya dibetulkan oleh seorang wanita cantik yang berpakaian seksi. Dia berjalan ke arah Amirul Syakir lalu memegang dagu lelaki itu agar dapat bertentangan mata.

            “Yang kau ini sibuk sangat kenapa? Kau suami dia ke? Tak, kan?”

            Kata-kata Amir Fikri membuatkan darah Amirul Syakir mendidih-didih.

            “Kau ni memang tak guna! Kau tak kasihan ke dekat dia yang dah mengandung anak kau. Kau nak lepas tangan macam itu saja?”

            “Kalau kau kasihan sangat dekat budak kampung tu, kau jelah jadi pak sanggup.” Ujar Amir Fikri sambil menampar-nampar lembut pipi Amirul Syakir untuk mempermainkannya. Akibat terlalu marah, Amirul Syakir sempat meludah ke arah Amir Fikri.

            “Kurang aja...” Tiba-tiba Amir Fikri tersedar perbuatan mereka telah menarik perhatian orang ramai. Dia berdengus kecil, tidak berpuas hati.

“Sayang, jom!” Dia terus menarik tangan kekasih barunya yang kelihatan seperti seorang model itu memasuki balai pelepasan.
         
            “Kau nak pergi mana? Kita belum selesai lagi!!” Amirul Syakir meronta-ronta untuk melepaskan diri.
          
       “Encik, maafkan kami. Jangan sampai kami gunakan kekerasan pula!” Salah seorang pengawal memberikan amaran. Lelaki itu diheret keluar daripada lapangan terbang tersebut.

         “Wow, bertuah betul kita dapat tengok ‘telenovela’ tepat-tepat bila kita sampai Malaysia.” Ujar Sophie yang tidak terkesan langsung dengan suasana tegang tadi.

“Tapi Faz, what is ‘pak sanggup’?”

Ain Fazira mendiamkan diri, tidak terkesan dengan pertanyaan rakan baiknya. Mindanya lebih memikirkan tentang kedua-dua lelaki yang sedang bergaduh tadi. Dia dapat merasakan bahawa dia pernah melihat wajah mereka tetapi dia tidak dapat mengingatinya. Sedang dia melayan fikirannya, dia dikejutkan dengan satu tepukan di bahunya.   

            “Kak Syida!!” Ain Fazira lantas memeluk dan mencium pipi wanita berusia awal lingkungan tiga puluhan itu dengan mesra. Dia sedikit terkejut melihat perubahan fizikal wanita itu yang sedang sarat mengandung anak kedua. Dia kemudiannya memperkenalkan Sophie kepada wanita yang sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.

            “Buat apa Kak Syida datang jemput kami? Kan Kak Syida mengandung, kasihan baby penat.” Ujar Ain Fazira, prihatin.

            “Eh, mana boleh akak lepaskan peluang nak ambil adik akak yang dah lama tak jumpa ni. Jom, kita pergi makan, akak belanja. Suami akak dah tunggu kat luar.” Ujar Syida yang kelihatan manis bertudung.

            Di saat itu, Sophie tanpa segan silunya bersorak gembira. Ain Fazira menepuk kepalanya menahan malu. Buat seketika mereka berdua terlupa ‘drama Melayu’ yang baru dilihat tadi.

***

Faz, I’m bored!”

Ain Fazira menatang dulang yang berisi teko, dua cawan seramik dan sepinggan buah epal ke ruang tamu di mana Sophie sedang bermalas-malasan di sofa yang empuk. Kak Syida sudah lama pulang selepas menghantar mereka ke kondominium yang dibeli beberapa minggu sebelum kepulangannya dengan bantuan Kak Syida.

Wanita itu mengambil tempat di sebelah rakan baiknya yang asyik menukar-nukar siaran televisyen. Angin malam bertiup dari arah pintu balkoni yang sengaja dibiarkan terbuka.

So?”

Teko berisi teh lavender yang dibawa khas dari London dituang ke dalam dua biji cawan seramik bermotif bunga berwarna merah. Aroma lavender yang menenangkan menusuk ke hidungnya. Dia meneguk teh tersebut tanpa mempedulikan Sophie yang sudah buat muka sepuluh sen.

“Jomlah kita keluar.” Ujar Sophie. Dia bangun lalu mencapai sepotong buah epal yang dikupas oleh Ain Fazira. Kalau nak suruh dia potong buah, kirim salam sajalah.

“Jomlah, Faz. Jomlah.” Kini Sophie mendakap tubuh rakan baiknya dengan rapat.

“Sophie, quit being a three year old when you’re already thirty two. Patutlah semua orang yang Mama Ann kenalkan kat you cabut lari lepas first date.”

Sophie memuncungkan bibirnya yang mungil. “Hello, bukan mereka yang tak nak dengan I tetapi I yang tak nak dengan mereka. Who want some boring, materialistic guys anyway? Kalau you nak you ajelah pergi blind date yang mama aturkan tu.”

For your information, my friend, sekarang ni umur siapa yang dah jejak tiga puluhan? You ke I?” Usik Ain Fazira.

You boleh tak jangan ungkit pasal benda tu. I datang Malaysia ni sebab tak tahan dengar mama sibuk tanya soal kahwin ni tau. Kalau you pun cakap benda yang sama baik I pergi Spain je.”

“Apa-apa jelah.” Ain Fazira menghirup baki teh lavender di dalam cawannya. Matanya menerawang ke siling kondominium yang disediakan khas untuknya. Dia kagum dengan hiasan dalam kondominium tersebut yang bertepatan dengan cita rasanya yang sukakan ruang lapang tapi ringkas.

‘Esok ada dinner appointment dengan papa. Sudah tujuh tahun tak jumpa dengan papa. Macam manalah papa agaknya ya.’

“Fazzzz!” Rengekan Sophie membuatkan Ain Fazira berdengus geram.

Fine, tapi kita nak pergi mana? Kalau kita naik kereta pun I bukannya tahu jalan.”

“Apalah you ni, GPS kan ada. Kita pergi makanlah lepas tu kita enjoy.”

“Amboi, I’m warning you, Soph. No clubbing. No disco.”

Okey, okey. You tahukan sejak I kawan dengan you, I mana pergi club tu semua. Jangan risaulah, I akan jaga you.” Sophie memberikan jaminan dengan kedua ibu jarinya dinaikkan.

Ain Fazira sekadar tersenyum kelat. ‘Ni siapa yang jaga siapa ni?’

***

Ain Fazira dan Sophie bersiap-siap menukar baju sebelum menuju ke tempat letak kereta kondominium itu yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut.

Ain Fazira mengeluarkan kunci kereta dari tas tangannya untuk menghidupkan kereta BMW yang berwarna hitam. Kereta tersebut memang disediakan khas oleh papa sempena kepulangannnya. Pada mulanya dia ingin menolak tetapi papa mengugut untuk  menghadiahkan kereta sport pula.

‘Papa ni memang tak boleh kalau ada orang menolak permintaannya.’

“Faz, come on! You ni asyik mengelamun je.” Teguran Sophie mengejutkan Ain Fazira dari lamunan.

“Sabarlah, tak menyempat-yempat.”
          
          Deruman engin kedengaran menandakan kereta BMW yang berwarna hitam itu telah dihidupkan. Tidak lama kemudian, kereta tersebut mula bergerak melepasi pintu pagar kondominium itu.

Dengan tidak semena-mena, satu susuk tubuh wanita di tengah jalan menjamu pandangan Ain Fazira yang tidak menumpukan perhatian kerana melayan Sophie yang berusaha menghidupkan sistem GPS di dalam kereta tersebut.  Dia terkaku seketika kerana terkejut.

“Faz!!”

Suara Sophie mengejutkan Ain Fazira. Dia segera menekan brek dengan kuat untuk memberhentikan kereta tersebut. Kesannya, kepalanya terhantuk sedikit pada stereng kereta yang keras. Kepalanya terasa berputar-putar di awangan.

“Cik...cik...” Suara seorang lelaki kedengaran sayup-sayup di telinganya. Matanya yang berpinar-pinar dapat menangkap satu susuk tubuh lelaki yang berusaha untuk mengeluarkan dari kereta tersebut sebelum pandangannya menjadi gelap.


“Cik!” Amirul Syakir membaringkan wanita tersebut di tengah jalan. Dia sudah menelefon ambulan untuk datang memberikan bantuan. Matanya tidak berkelip memandang wanita yang berkulit cerah yang tidak sedarkan diri itu sebelum bangun mendapatkan seorang lagi wanita yang berada di dalam kereta tersebut.
***
http://matcuoi.com Salam, semua. Kali ini Feena upload bab 1 cerita Fyi, Dia Tunang Saya. Hehe, rasa tak puas hati sebab 'ending' tergantung?http://matcuoi.com Kalau macam tu, nantikan sambungannya ya. Luv u all!!http://matcuoi.com

3 comments:

  1. cantik lah meaning FYI..tak pernah dengar..kreatif2..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. tq sbb baca dn beri komen. ^^

    ReplyDelete