Saturday, 11 May 2013

Jilid cinta prolog




Prolog
Dia tekun melihat pelanggan yang memasuki pintu restoran makanan Arab itu. Hatinya akan berdebar-debar apabila melihat kelibat manusia memasuki restoran yang bertemakan‘1001 night’ itu dan kemudian berasa hampa pula apabila orang tersebut bukanlah yang ditunggu-tunggu olehnya.
Pemilik wajah kacukan Melayu-Inggeris situ akhirnya melepaskan pandangannya keluar tingkap restoran. Dia melihat warga kota London yang hanya berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Limpahan salji yang putih bersih menghiasi ruang pandangannya. Buat seketika dia berasa asyik menikmati permandangan ciptaan Ya Rabb sehingga tidak perasan akan gadis yang bertudung litup itu menghampirinya.
“Assalamualaikum, Rayyan?”Suara yang sopan dan lunak merdu itu menghiasi hawa telinganya. Dia tersentak melihat gadis yang memakai pashmina panjang berwarna hitam itu menyapanya. Gadis itulah yang membuat dia tidak keruan setiap hari.‘Ya Allah, apakah ini takdirmu?’Bisik hati kecilnya.
“Waaa…alaikumsalam…ya, nama I Rayyan. Nice to meet you,” ujar Rayyan Zaquan dengan suara yang agak terketar-ketar. Gadis itu memberikan seulas senyuman yang pendek kepadanya. Dia seakan terasa di awangan-awangan.
Gadis itu kelihatan  seperti menunggu sesuatu daripada Rayyan. Gadis berkulit putih itu asyik memandang ke arahnya. Buat seketika barulah Rayyan tersedar bahawa dia tidak mempelawa gadis itu untuk duduk.
“I’m sorry,” ujarnya yang terus berdiri untuk mempersilakan gadis itu untuk duduk.
“It’s okay.” Gadis bertudung litup itu menjawab dengan tenang dan bersahaja.
Lidah Rayyan terasa kelu. Dia tidak tahu untuk bercakap apa-apa.Buat pertama kalinya dia rasa serba tidak kena apabila berhadapan dengan perempuan.
“Oh, nama you siapa?” Soalnya setelah lama membisu.
“Nama I Qiesha Sorfina. Just call me, Qiesha. Mummy you tidak pernah beritahu ke?”
Soalan gadis bernama Qiesha itu membuatkan Rayyan berasa malu. Dia dapat merasakan Qiesha mempunyai perwatakan yang kuat melihatdaripada kata-kata dan tingkah laku gadis itu yang tenang dan bersahaja.
“Ya,ya, mummy ada beritahu. I boleh terlupa pula.” Rayyan berpura-pura ketawa untuk meredakan rasa gemuruh di hatinya.
Qiesha sekadar tersenyum kelat melihat perlakuan jejaka itu. Namun sinar mata Qiesha yang muram membuatkan Rayyan terkedu. Dia tertanya-tanya apakah gadis itu benar-benar sudi untuk berkenalan dengannya. Pada awalnya, dia juga tidak berapa setuju dengan permintaan ibunya untuk ‘blind date’ dengan seorang gadis yang ibunya berkenan. Adakah Qiesha juga mempunyai fikiran yang sama?
“You, sudah ada boyfriend ke?” Duganya.“If you have one, I akan beritahu mummy…”
“No!”Tegas Qiesha yang membuatkan dia berhenti untuk berkata-kata lagi. Kemudian wajah Qiesha yang tegas berubah menjadi muram.“Maafkan I,” ujarnya dengan nada yang sedih.
“No, no, I yang salah. Maafkan I kalau kata-kata I menyinggung perasaan you.Kalau you nak tahu sebenarnya waktu mummy beritahu yang dia ada berkenan dengan customer dia, to be honest, I sebenarnya tidak berminat. Tapi mummy asyik paksa I setiap hari sampai ‘bingit’ telinga I, so here I am,” ujar Rayyan dengan nada yang lucu membuatkan Qiesha akhirnya memberikan seulas senyuman yang lebar.
“Kelakarlah you ini.” Qiesha menahan tawanya. Siapa yang tidak akan berasa lucu apabila mendengar ‘mat saleh’ berkata perkataan bingit dengan pelat Inggerisnya. Nampaknya Rayyan ini seperti orang yang baik tapi…
“Rayyan, sebenarnya I jumpa dengan you disebabkan papa I. Dan I tidak boleh berkata tidak jika papa mahu jodohkan you dengan I. Jadi I harap you akan menolak permintaan papa I dan mummy you.”Ujar Qiesha dengan wajahnya yang muram.

Melalui riak wajah gadis itu, Rayyan dapat menganggak bahawa ada sesuatu yang dipendam oleh gadis itu. Melalui reaksi Qiesha yang tidak keruan apabila dia mempersoalkan tentang status gadis itu samada sudah berpunya, dia menduga bahawa gadis itu telah dilukai dalam percintaannya yang lepas.
“It’s okay. Kita try kenal antara satu sama lain dulu. Orang kata bercinta lepas berkahwin lebih maniskan,” Ujar Rayyan dengan tenang. Dia semestinya tidak mahu melepaskan gadis itu yang telah mencuri hatinya selama ini.
Namun Qiesha pula yang berasa terkejut dengan pengakuan jejaka yang berhidung mancung itu. Begitu mudah sahaja jejaka kacukan itu bersetuju untuk mengahwininya walaupun baru kali pertama mereka berjumpa. “Please, jangan main-main. Perkahwinan adalah satu perkara yang serius.” 
“I  tak main-main. I bersedia untuk memperisterikan you, Qiesha Sorfina.”
“Atas dasar apa?”
“I don’t know. Love at first sight maybe?” Rayyan tersenyum nakal.         
Wajah Qiesha berubah mendengar pengakuan berani jejaka tersebut. Dia sebenarnya mengharapkan yang Rayyan akan menolak permintaan ibu bapa mereka untuk menjodohkan mereka berdua. Kini dia terasa seperti terperangkap pula dengan sikap Rayyan yang bersahaja dan berterus-terang.
“Baiklah, I akan telefon mummy I untuk beritahu dis yang kita bersetuju untuk berkahwin.” Rayyan bersedia untuk mendail menggunakan telefon bimbitnya.
“Rayyan, stop!” Qiesha semakin cemas dengan sikap Rayyan yang sukar untuk dijangka itu. Dia menarik nafas yang panjang.Nampaknya dia terpaksa untuk menggunakan strateginya yang terakhir.
“Sebelum you buat keputusan, I nak you dengar dulu kisah lama I.”
“Kisah lama you?”
“Ya, peristiwa yang membuatkan I berkelana di sini dengan papa I. Kisah ahli keluarga I yang you perlu terima jika you mahu mengahwini I…”


http://matcuoi.com Suka tak? Read & Comment, ok?

No comments:

Post a Comment