Bab
2
Langkah
Amirul
Syakir terhenti di pintu wad. Dia cuba untuk mengingati nama wanita yang
diselamatkannya tadi.
Semasa
perjalanan ke hospital, salah seorang daripada wanita tersebut telah sedarkan
diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Disebabkan itu, dia memberi
sepenuh kepercayaan kepada wanita mat saleh yang fasih berbahasa Melayu itu
untuk menguruskan rakannya. Pada waktu itu, fikirannya hanya tertumpu kepada
keadaan Shirin sahaja.
“Excuse me, excuse me!
Belum sempat untuk dia berbuat apa-apa, tubuhnya ditolak
oleh seseorang yang keluar dari pintu wad tersebut.
“Opps, sorry!” Ujar wanita tersebut
menghulurkan tangan untuk membantunya berdiri tetapi dia menolak. Tak elok
pegang tangan perempuan sebarangan. Dia berusaha untuk bangun sendiri.
“Oh, you! That Remy Ishak guys!” Tiba-tiba jari wanita itu ditudingkan ke mukannya.
Amirul Syakir mengerutkan keningnya lalu mengamati wanita
itu. “Ah, cik ni Sophie, kan?” Dia mengetahui nama wanita itu semasa mereka
dalam perjalanan ke hospital tadi. Mereka sempat berbual dan dia telah
menjelaskan perkara sebenar kepada Sophie.
“Kawan cik macam mana? Dia dah sedar tak?” Soal Amirul
Syakir.
“Belum. Hah! Sementara you ada di sini boleh tak you tolong jagakan dia? I need to go to loo.” Ujar Sophie yang kelihatan seperti cacing kepanasan.
“Katil dia terletak di hujung sekali. Thanks!”
Amirul Syakir sekadar menghantar kelibat Sophie yang
menghilang dengan pantas dengan ekor matanya. Dia mengaru kepalanya yang tidak
gatal lalu memasuki wad pesakit tersebut.