Showing posts with label bab 6. Show all posts
Showing posts with label bab 6. Show all posts

Tuesday, 5 November 2013

FYI, Dia Tunang Saya 6

BAb 6

Emm...sedapnya blueberry cheese cake yang I beli kat Secret’s Recipe ni...” Ujar Sophie sambil menyuapkan kek itu ke mulutnya. Rasa kek keju itu yang lembut dan gebu membuatkan dia terasa seperti di awangan.
Sophie memuncungkan bibirnya. Matanya berpaling Ain Fazira tidak memberikan sebarang respon kepada lawaknya. Hanya termenung sahaja di hadapan televisyen.
‘Setahu aku, aku tak ada buat masalah hari ini.’ Sophie mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Sophie bangun lalu duduk di sebelah Ain Fazira. Dia mengerakkan tangannya beberapa kali di hadapan Ain Fazira. Namun sahabatnya itu tidak memberikan sebarang reaksi lalu dia mengambil keputusan untuk menjentik dahi sahabat baiknya itu.
            “Arghh!” Jeritan kecil keluar dari mulut Sophie apabila jari telunjuknya dipulas oleh Ain Fazira.
            “Faz, sakitlah!” Ujar Sophie.
            “Jangan nak berpura-puralah. I pulas jari you sikit je. Lain kali jangan cuba nak aniaya orang, okey?” Balas Ain Fazira yang tidak melepaskan pandangannya daripada televisyen.
            “Yang you tu senyap saja dari tadi, tu yang I pelik tu.” Sophie merungut sambil mengurut-gurut jari telunjuknya.
            Ain Fazira sekadar mengelengkan kepalanya. Dia tahu Sophie hanya berlakon sakit sahaja. Bagi Sophie yang merupakan pemegang tali pinggang Taekwondo berwarna hitam, pulasan sebegitu ibarat kena cucuk dengan pencungkil gigi sahaja.
            “You tu, pergi mana semalam?” Soal Ain Fazira pula. Dia malas mahu memikirkan tentang peristiwa semalam dengan Amirul Syakir. Buat sakit hati sahaja.
            “He he... I pergi cari kerjalah.”
            “Eh?? You, THE SOPHIE ANN, find a job?” Ain Fazira tersenyum sinis.