Bab 8
“Long time no see, Faz.”
Ain
Fazira tersedar dari rasa terkejutnya dengan
kemunculan Amir Fikri yang baru sahaja pulang dari Maldives. Dia baru menyedari
betapa dekatnya dia dengan wajah abang angkatnya itu. Dia terfikir untuk berundur
beberapa tapak ke belakang namun membatalkan niatnya. Sebaliknya, wanita muda
itu mempamerkan wajah yang tenang dan bersahaja. Dia tidak mahu kelihatan lemah
di hadapan lelaki yang suka mengusiknya. .
“Selamat pulang, abang.” Ujarnya
dengan nada yang tidak berperasaan.
“Ah, bosannya. Kalau perempuan lain,
mereka pasti rasa suka bila ada orang ‘handsome’
yang cuba memikat mereka.” Keluh Amir Fikri.
“Atau mereka rasa macam nak
patah-patahkan tulang-belulang orang itu tapi menahan perasaan kerana
memikirkan yang orang itu masih ada banyak masalah.” Balas Ain Fazira pula yang
mengundang tawa pada mulut Amir Fikri. Mungkin lelaki itu berasa lucu
mengenangkan sikapnya yang langsung tidak berubah.
“Ouch!”
Amir Fikri mendekapkan tangan di dadanya seolah-olah menyatakan bahawa
kata-kata Ain Fazira telah menikam hatinya. “Perangai berterus-terang kau ni
masih belum berubah. Terubat juga rindu aku pada ka...”
“KAU!!” Amirul Syakir terus menarik
kolar baju Amir Fikri. Mungkin sedari tadi dia menahan rasa geram melihat perlakuan
abangnya itu yang langsung tidak punya rasa bersalah terhadap Shirin.
“Lepaskan tangan kau sekarang,” ujar
Amir Fikri dengan nada mengugut.
“Tahu pula kau nak balik ye? Kau
tahu tak apa yang kau dah buat?” Bentak Amirul Syakir dengan kasar. “Kau tahu
tak yang Shirin hampir keguguran?!!”