Dia
terbaring lemah katil berwarna putih suci itu dengan berbantukan alat
pernafasan. Di sebalik wajahnya yang
semakin dimamah usia, tergambar sesuatu dari sorotan anak matanya yang berwarna
coklat kehitaman. Sesuatu yang digelar penantian. Matanya tidak lekang dari
memandang pintu bilik tanpa jemu.
Namun, hatinya mula hilang
kesabaran. Entah mengapa detik waktu berlalu dengan perlahan. Sedari pagi lagi
dia menunggu tetapi apa yang diharapkan tidak juga muncul.
‘Sabarlah, sabarkan separuh dari
iman,’ hatinya memujuk.
Dia akur dengan pujukan hatinya.
Selama dia terlantar di bilik wad yang sunyi itu, acap kali dia berbicara
dengan hatinya kerana kebosanan tanpa peneman. Fizikalnya yang lemah
membataskan komunikasinya dan dia lebih senang mengannguk atau mengeleng
sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya.
Dia melepaskan keluhan yang lemah.
Matanya beralih ke lampu siling yang berwarna putih. Pandangannya menjadi kabur
dek sinaran lampu itu yang terang. Entah mengapa dia seakan merasakan cahaya
lampu itu menyamai mentari yang mengaburi pandangannya lma puluh tahun dulu.
Pada waktu itulah berlaku perpisahan yang kemudian menjadi penantiaan yang
panjang...
***