Sunday 8 September 2013

Cerpen: Loket Janji


Dia terbaring lemah katil berwarna putih suci itu dengan berbantukan alat pernafasan. Di  sebalik wajahnya yang semakin dimamah usia, tergambar sesuatu dari sorotan anak matanya yang berwarna coklat kehitaman. Sesuatu yang digelar penantian. Matanya tidak lekang dari memandang pintu bilik tanpa jemu.
            Namun, hatinya mula hilang kesabaran. Entah mengapa detik waktu berlalu dengan perlahan. Sedari pagi lagi dia menunggu tetapi apa yang diharapkan tidak juga muncul.
            ‘Sabarlah, sabarkan separuh dari iman,’ hatinya memujuk.
            Dia akur dengan pujukan hatinya. Selama dia terlantar di bilik wad yang sunyi itu, acap kali dia berbicara dengan hatinya kerana kebosanan tanpa peneman. Fizikalnya yang lemah membataskan komunikasinya dan dia lebih senang mengannguk atau mengeleng sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya.
            Dia melepaskan keluhan yang lemah. Matanya beralih ke lampu siling yang berwarna putih. Pandangannya menjadi kabur dek sinaran lampu itu yang terang. Entah mengapa dia seakan merasakan cahaya lampu itu menyamai mentari yang mengaburi pandangannya lma puluh tahun dulu. Pada waktu itulah berlaku perpisahan yang kemudian menjadi penantiaan yang panjang...

***

Sinaran sang suria mengaburi pandangannya. Dia berlindung dari kepanasan dengan berlindung di sebalik pohon yang rendang. Sesekali matanya menatap jam tangan penberian ayahnya. Jelas-jelas orang yang ditunggu telah terlewat lebih dari tiga puluh minit.
            “Sabar, Hatta, sabar. Sabarkan separuh dari iman.” Hatinya memujuk. Dia cuba menghilangkan rasa bosan dengan menikmati pandangan di tepi tasik yang tenang. Air tasik yang berwarna biru berkilauan menampaknya bayangan wajahnya. Dia mengambil kesempatan untuk membetulkan rambut berjambulnya. Setelah berpuas hati dia kembali semula ke bangku di tepi pohon yang rendang itu.
            Dengan tidak semena-semena, belakang badannya terasa sakit seperti dicucuk sesuatu. Dia berpaling tetapi tidak melihat kelibat walau seekor nyamuk pun. Sekali lagi dia dicuit tetapi kali ini dari bahagian kiri pula.
            ‘Geramnya! Murni ni suka sangat mengusik orang,’ rungutnya di dalam hati. Kali ini, dia berpura-pura menoleh ke hadapan. Dia ingin membuat ‘serangan balas’ terhadap penganggunya. Apabila dia merasakan ada orang yang mencuitnya, dia dengan pantas berpaling lalu menangkap sesuatu yang dirasakan seperti ‘tangan’ itu.
            “Hah, Murni,kan?! Eh?” Wajahnya berubah riak. Senyumannya mengendur apabila melihat tangannya memegang dahan pokok patah yang kasar dan bukannya tangannya lembut gadis pujaannya.
            Telinganya menangkap gelak tawa seorang gadis yang lunak merdu. Dia berpaling ke hadapan. Gadis manis yang berselendang dan berbaju kebaya putih itu menutup mulut menahan tawa. Keletah kekasihnya membuatkan dia menjadi geram. Dia duduk di bangku dengan wajah yang masam.
            Murni tersenyum. “Abang Hatta..!” Panggil gadis itu dengan manja.
            “Hem...” Dia menjawab dengan nada merajuk. Dia sengaja ingin mengusik kekasihnya. Bermacam juga cara yang Murni cuba untuk memujuknya tetapi dia sengaja jual mahal. Keletah Murni dipandang sepi.
            “Baiklah, kalau abang tidak mahu berjumpa dengan Murni, tak apa. Murni mahu pulang.” Kini Murni pula yang merajuk.
            Sebelum Murni melangkah pergi, dia cepat menahan lalu menghiaskan rambut gadis itu dengan sekumntum mawar berwarna kuning. “Sudilah terima bunga ni walaupun kecantikannya tidak standing dengan bunga yang ada di hadapan abang ni.”
            Dia tersenyum apabila Murni turut tersenyum lalu duduk di hujung bangku sebelah kanan. Dia pula mengambil tempat di hujung bangku sebelah kiri. Senyuman Murni sentiasa menceriakan harinya. Loket berbentuk hati yang tersarung kemas di leher gadis itu menambah seri pada penampilan gadis itu.
            “Abang, kenapa abang mahu berjumpa dengan Murni?” Soal gadis sunti itu.
            Pertanyaan itu membuatkan dia berubah riak. “Murni, abang...” Tekaknya terasa payau dan berpasir. Dia seperti kehilangan buah bicara. Apakah kekasihnya itu mampu menerima berita yang ingin disampaikan? Namun, untuk pergi tanpa sebarang kata...
            Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum berpaling dan memandang tepat ke arah Murni. “Murni, abang, akan melanjutkan pelajaran ke Singapura.”
            Wajah Murni berubah seperti yang dia jangkakan. Gadis itu diam seribu bahasa dengan riak wajah tidak percaya. Kekasih hatinya itu seakan-akan sedang mencerna apa yang dia baru sampaikan sebentar tadi. 
            “Bila abang akan pergi?” Soal Murni, suaranya menjadi serak kerana menahan tangis.
            “Abang akan pergi esok, Murni,” jawabku.
            Mata Murni terbeliak. Riaknya wajahnya bercampur perasaan terkejut dan marah. “Kenapa baru sekarang abang beritahu Murni?! Abang tak menganggap Murni penting dalam hidup abang?” Soalnya, dengan nada yang marah dan kecewa.
            “Tidak, Murni, tidak!” Jawabnya, panik. “Abang tidak tahu bagaimana nak sampaikan dekat Murni. Abang tidak mahu Murni bersedih.” Dia menjelaskan dengan harapan gadis itu memahami.
            Namun, Murni seakan tidak ingin untuk melihat wajahnya. Malah gadis itu pergi meninggalkannya dengan tangisan yang masih bersisa.
            Dia mengeluh perlahan. Perpisahan adalah sesuatu yang amat memeritkan. Namun lebih memeritkan jika tidak dapat mengucapkan selamat tinggal pada yang tersayang.

***
           
            Matanya tidak lepas dari memandang ke luar tingkap keretapi. Dia mencari-cari kelibat Murni. Walaupun dia tahu yang gadis itu masih marah dengannya tetapi dia tidak dapat menahan diri untuk mengharapkan kehadiran gadis itu. Namun, sedari tadi yang kelihatan hanyalah para penumpang dan ahli keluarga yang saling berpelukan dan mengucapkan salam perpisahan.
            Dia tersenyum kelat memikirkan untung nasibnya. Sudahlah dia hidup sebatang karang tanpa keluarga untuk menghantarnya, Murni pula...
            Bunyi wisel yang nyaring berbunyi menandakan keretapi akan bergerak tidak lama lagi. Hatinya dihimpit pilu seakan disiat-siat kerana tidak dapat melihat Murni buat kali terakhir.
            “Abang Hatta!!” Suara Murni yang kedengaran kuat itu mengejutkan dia dari kesedihan. Dia mencari kelibat Murni gadis itu melalui tingkap. Wajah Murni yang berlari ke arahnya sudah cukup untuk membuat dia melonjak kegirangan. Dia bergegas ke pintu keretapi. Kekasihnya itu berdiri di hadapannya dalam keadaan termengah-mengah tetapi seri wajahnya tidak pernah hilang.
            Murni menunjukkan tangannya yang digenggam lalu dibuka. Dia dapat melihat loket berbentuk hati kegemaran gadis itu pada tapak tangan tersebut. Murni lantas menyerahkan loket itu kepadanya.
            “Abang, janji...yang abang mesti balik...” Pintanya dengan mata yang berkaca.
            Dia mengerti yang Murni memberikan loket tersebut sebagai tanda kenangan dan perjanjian antara mereka. “Abang janji, selagi abang simpan loket ini abang akan tetap setia dengan Murni. Abang janji, yang abang akan kembali untuk menyarungkan loket ini kepada Murni.
            Dia dan kekasihnya saling bertukar pandangan. Masing-masing tidak dapat menahan linangan air mata yang berguguran deras ke pipi. Dia hanya mampu melihat Murni melambai tangan di saat keretapi mula bergerak. Dia mengenggam erat loket pemberian kekasihnya sekuat azamnya untuk mengotakan janjinya.

***

            Dia mengerdipkan matanya. Suasana di stesen keretapi berubah menjadi serba putih. Dia kembali semula ke wad pesakit yang serba putih itu. Sejak akhir-akhir ini, dia sering mengingati masa lalu. Mengingati saat ketika dia mengikat janji dengan Murni, gadis berlesung pipit itu. Kisah itulah yang sentiasa menjadi topik perbualannya dengan Hamka, cucu saudaranya. Anak muda itu selalu menemaninya dan menjadi pendengar setia tentang kisah cintanya lima dekad yang lalu.
            “Kenapa Tuk Hatta tak pulangkan balik loket itu?” Soal Hamka, pada suatu hari.
            Dia tersenyum kelat. “Adakalanya, apa yang kita rancang, tak semestinya menjadi. Apabila tuk pulang, Murni dah bernikah, dengan sepupunya.”
            Jawapannya menyebabkan Hamka terkejut sehingga melopong. “Sebab itukah tuk membawa diri dan menjadi askar sehingga tak kahwin sampai sekarang?” Soal anak muda itu.
            Dia sekadar mendiamkan diri, mengiakan di dalam hati. Walaupun kecewa Murni tidak berpegang pada janji mereka, dia telah bersumpah untuk tetap setia selagi dia masih menyimpan loket bekas kekasihnya itu.
            Kini, kesihatannya semaki lama semakin merosot. Dia tahu bahawa ajal akan menjemputnya dalam masa terdekat. Namun, dia berhajat untuk melunaskan janjinya kepada Murni untuk memulangkan kembali loket itu kepada pemiliknya yang sah. Lalu dia mengamanahkan Hamka untuk mencari Murni.
            Ketukan di pintu mengejutkan dia dari lamunan. Wajah Hamka muncul di sebalik pintu membuatkan hatinya berdegup kencang. Hamka kemudian berpaling ke arah pintu lalu bercakap dengan seseorang. Kedengaran suara Hamka memepersilakan orang itu masuk.
            Dia terkedu apabila melihat ‘Murni’ berdiri lalu duduk di hadapannya. Matanya terbayang-bayang segala kenangan mereka bersama. “Murni?”
            Gadis itu terkejut sebelum menggeleng perlahan. “Nama saya Munirah, tuk. Cucu nek Murni. Nenek...” Gadis itu berhenti untuk menahan sebak di dada. “Dah meninggal sebulan yang lalu.
            Nafasnya terasa sebak. Pandangannya seakan kabur. Dia beristighfar memujuk hati. ‘Segala yang berlaku telah ditentukan. Kita tidak mampu untuk melawan takdir-Nya.’
            Dia memandang ke arah Munirah, cucu arwah Murni. Gadis itu kelihatan seiras sekaliv dengan neneknya. Malah, turut memiliki lesung pipi yang sama. “Mu, nirah, ambillah loket ini, sebagai wakil kepada nenek kamu. Jagalah loket ini, sebaik-baiknya...” Dengan tangan terketar-ketar, dia menghulurkan tangannya yang berisi loket milik arwah Murni kepada Munirah.
            “Atuk?” Hamka mula gelisah apabila atuk saudaranya tidak bergerak setelah menyerahkan loket berbentuk hati itu kepada Munirah. Dia menggoncang bahu atuk saudaranya. Tubuh Atuk Hatta sejuk seperti ais. Tangannya mencari nadi atuk saudaranya tapi...”Atuk!!”
            Munirah tersedu-sedan menahan tangis. Dia tidak mampu menahan sebak di dada apabila terkenang kembali cerita Hamka mengenai percintaan neneknya dengan Atuk Hatta yang tidak kesampaian. Penantian Atuk Hatta untuk menunaikan janji kini berakhir. Kini, biarlah dia menjaga loket yang menyimpan seribu kenangan dan janji sebuah CINTA...
              
***
Nota Feena: Salam semua, 

http://matcuoi.com  ini kali pertama Feena postkan cerpen. Sedih tak ending dia?http://matcuoi.com  Sebenarnya cerpen ni dah lama Feena tulis, waktu matrik dulu. Tapi baru sekarang Feena edit balik dan postkan. Sebenarnya Feena ada terfikir nak buat novel daripada cerpen ni. Tapi bila fikir balik, manuskrip FYI, Dia Tunang Saya pun tak siap lagi. Nanti pening pula kepala nak siapkan dua2.http://matcuoi.com'Sabar ya Feena.' pujuk diri sendiri.

Ok, kita tinggalkan dulu pasal tu, Feena harap korang akan baca dan komen cerpen ni. Bye-bye, selamat memasuki semester baru kepada pelajar U terutamanya pelajar UKM. Luv U all!http://matcuoi.com

3 comments:

  1. kalau akak nak buat novel nnti buat laa pasal munirah n hamka tue....confirm sweeeeeeett tak hengat...

    ReplyDelete
  2. memang ada ura-ura nak buat. tpi tunggu akak siapkan fyi,dts dulu

    ReplyDelete
  3. Best akak
    Boleh ajarkan saya, saya suka menulis tapi terkadang tulisan saya ni berhenti kata TENGAH jalan trimakasih akak

    ReplyDelete