Sunday 24 April 2016

Wanted: My Runaway Bride 5

Bab 5

“Qayyum, nak makan di mana hari ni?” 

Qayyum sekadar menjungkit bahunya dengan persoalan rakan sekerjanya. Dia yang baru pulang dari Melbourne masih lagi belum dapat mengenal pasti mana tempat makan yang terbaik di kawasan 
Johor Bahru ini. Selalunya dia menerima sahaja cadangan rakan-rakan sejawatnya tanpa sebarang bantahan.

“Kalau macam tu, jom kita pekena nasi ayam Mak Jah.” Najla memberikan cadangan dengan nada yang manja. Adik kepada Nurjihan merangkap salah seorang interior design di sering sahaja mengikutnya ke mana-mana. Walaupun dia sudah menjelaskan yang dia tidak menyimpan apa-apa perasaan kepada wanita itu, namun Najla langsung tidak mendengar katanya. Mahu tidak mahu dia terpaksa melayan kerenah wanita itu selagi tidak melanggar batas perhubungan mereka sebagai teman sejawat.

“Okey juga tu…” Belum sempat Qayyum habis menjawab, dia terkedu sebentar. Pada mulanya dia berasa pelik melihat seorang wanita berjalan mundar-mandir di hadapan tempat letak kereta bangunan pejabatnya. Malah wanita itu kelihatan sedang bercakap seorang diri. Namun apabila diamati dengan teliti, dia mengecam wanita itu adalah Raisya Qistina!