Sunday 24 April 2016

Wanted: My Runaway Bride 5

Bab 5

“Qayyum, nak makan di mana hari ni?” 

Qayyum sekadar menjungkit bahunya dengan persoalan rakan sekerjanya. Dia yang baru pulang dari Melbourne masih lagi belum dapat mengenal pasti mana tempat makan yang terbaik di kawasan 
Johor Bahru ini. Selalunya dia menerima sahaja cadangan rakan-rakan sejawatnya tanpa sebarang bantahan.

“Kalau macam tu, jom kita pekena nasi ayam Mak Jah.” Najla memberikan cadangan dengan nada yang manja. Adik kepada Nurjihan merangkap salah seorang interior design di sering sahaja mengikutnya ke mana-mana. Walaupun dia sudah menjelaskan yang dia tidak menyimpan apa-apa perasaan kepada wanita itu, namun Najla langsung tidak mendengar katanya. Mahu tidak mahu dia terpaksa melayan kerenah wanita itu selagi tidak melanggar batas perhubungan mereka sebagai teman sejawat.

“Okey juga tu…” Belum sempat Qayyum habis menjawab, dia terkedu sebentar. Pada mulanya dia berasa pelik melihat seorang wanita berjalan mundar-mandir di hadapan tempat letak kereta bangunan pejabatnya. Malah wanita itu kelihatan sedang bercakap seorang diri. Namun apabila diamati dengan teliti, dia mengecam wanita itu adalah Raisya Qistina!



Qayyum tersenyum sendirian. Sudah tentu wanita itu ingin berjumpa dengannya. Dia berasa lucu melihat gelagat wanita itu yang seperti pelajar yang ditangkap sedang ponteng sekolah.  ‘Aku pun memang dah bosan menunggu kau, Qistina.’ 

“Sorry, aku ada hallah. Tak dapat nak lunch dengan kau orang hari ni.” kata Qayyum.

“Lah, hal apa pula?” soal Najla dengan nada tidak puas hati. Wajahnya berubah menjadi masam seperti  cuka.

“Baru teringat ada lunch appointment dengan client. Have a nice lunch.” Qayyum memberikan alasan sebelum bergegas meninggalkan mereka.

Qayyum meninggalkan Najla dalam keadaan terkulat-kulat. Wanita itu tidak menyangka yang Qayyum akan meninggalkannya begitu sahaja. Apatah lagi dengan Hisyam, rakan sejawatnya yang lurus dan terang-terangan menyukainya. Terpaksalah dia mendengar segala ayat 'mengurat' Hisyam yang sangat-sangatlah lapuk.

*** *** ***

Qistina berjalan mundar-mandir di hadapan tempat letak kereta. Dia sebenarnya sedang berkira-kira untuk redah masuk ke pejabat dan bertanyakan tentang Qayyum. Namun dia risau kalau orang mempersoalkannya.

Alah, kau nak risau apa? Kau cakap sajalah yang kau nak jumpa suami kau. hati kecilnya berbisik. 

Dah hilang akal ke?’ Qistina membantah di dalam hati. Kitaorang masih belum selesai berbincang lagi. Belum tentu lagi dia nak perkenalkan aku sebagai isteri dia. Kalau tak, tak akanlah si Najla tu boleh anggap yang dia tu single lagi. Ceh, dah kahwin berlagak macam bujang trang, tang tang.' tambahnya lagi. Sempat juga dia mengutuk Qayyum. 

“A’ah, apalah susah sangat. Cakap sajalah yang aku nak jumpa Qayyum sebagai interior designer  aku. Kan senang. Kau memang genius, Qistina!” Sebaik sahaja Qistina memalingkan tubuhnya, terpampang wajah Qayyum. Lelaki itu malah berdiri dekat dengannya sehingga hidung mereka hampir bersentuhan.

“Arggh!” Qistina terjerit kecil. Dia berasa terkejut sehingga hampir longgar lututnya. Dia merasai jantungnya yang berdetak keras sambil melihat Qayyum dengan wajah yang menyeringai.

Kau ni memang jenis lemah semangat, kan?” Qayyum berkata dengan nada separuh mengejek. Dia memeluk dadanya sambil tersenyum sinis.

“Yang awak selalu terkejutkan saya ni kenapa?” soal Qistina dengan nada yang geram. Sakit hatinya melihat senyuman sinis lelaki itu. Lelaki itu tidak habis-habis mahu ‘menyakatnya’. 

Okey, okey.” Qayyum mengangkat kedua belah tangannya sebagai tanda tidak mahu bergaduh. “Kenapa kau datang cari aku ni?”

Hem!!” Qistina memalingkan wajahnya yang masam. “Nak buat apa lagi. Nak beri jawapan untuk  permintaan tak munasabah awak itulah. Sebenarnya saya..."

Belum sempat dia berkata apa-apa, Qayyum terlebih dahulu menariknya masuk ke dalam kereta. Dia tidak sempat untuk membantah kerana lelaki itu terus sahaja menghidupkan enjin kereta. Hei awak
nak bawa saya ke mana ni?” soal Qistina dengan nada tidak berpuas hati.

Lain kali kalau nak berbincang, jangan datang waktu makan tengahari. Aku tengah lapar ni. Nanti,  tak pasal-pasal  aku ‘makan’ kau, baru kau tahu. jawab Qayyum yang berbaur ugutan. 

Lantas, Qistina terdiam kerana tergamam melihat wajah Qayyum yang nampak serius. Lelaki itu walaupun sentiasa berwajah bersahaja tetapi adakalanya tersimpan juga sisi yang menakutkan. Lebih baik dia diam kerana apa yang dia akan sampaikan nanti mungkin akan menyebabkan dia dibaham oleh lelaki itu!

*** *** ***

"Jadi, apa jawapan kau?" soal Qayyum setelah selesai melipat kertas pembalut burger KFC. Dia sengaja membuat keputusan untuk makan di dalam kereta kerana tidak mahu orang mendengar perbualan mereka. Dia mengagak Qistina pasti akan tidak akan menyerahkan kalah sebelum berlawanbermatian-matian dengannya. 

Qistina tersedak sebelum menelan saki-baki burger ayam yang belum dikunyah sepenuhnya. Dia juga yang salah kerana makan dalam keadaan tergopoh-gapah. Gara-gara memikirkan bagaimana untuk dia berhadapan dengan Qayyum, dia sampai terlupa untuk makan apa-apa ketika keluar dari rumah. Pada saat dia menemui lelaki itu, perutnya memang sedang berdondang sayang. Oleh itu, perlawaan lelaki itu untuk membelanjanya makan KFC terpaksa diterima demi kesejahteraan perutnya.

Qistina menarik nafas dalam-dalam lalu menyedut air Miranda Strawberry. Dia berusaha untuk menenangkan hatinya yang sedang bergocak saat ini. Belum sempat Qayyum mengeluarkan kata-kata usikan, dia terlebih dahulu mengeluarkan sebuah fail dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada Qayyum.

“Sebelum saya bagi jawapan, awak kena baca ni dulu.” pinta Qistina dengan bersungguh-sungguh.
Qayyum mengangkat sebelah keningnya. Apalah agaknya yang wanita itu rancangkan sampai siap memberikannya fail berisi sehelai kertas. Dia membaca ayat yang tertulis di dalam kertas tersebut dengan teliti. Namun semakin lama dia membaca, semakin melebar senyuman di bibirnya. Akhirnya lelaki itu memandang Qistina dengan wajah tidak percaya. “Kontrak kahwin?” soalnya dalam keadaan dirinya menahan tawa.

Qistina mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Dia langsung tidak perasan akan perubahan
wajah Qayyum. Apa yang terlintas dalam fikirannya saat ini ialah betapa bijaknya dirinya kerana berjaya memikirkan idea yang bernas ini.

Namun, rasa bangganya mula menghilang apabila dia mendengar Qayyum ketawa terbahak-bahak. “Kau ni memang suka tengok drama, kan? Bila masa pula aku cakap yang nak kahwin kontrak? Aku kata aku nak kau jadi isteri aku yang sebenar-benarnyalah.” ujar Qayyum dengan nada geli hati.

“Saya tahulah!” Qistina menjawab keras kerana berasa tersinggung. Awak ingat saya nak ke kahwin kontrak macam dalam drama tu. Perjanjian ni penting untuk memastikan kita hidup dalam keadaan harmoni dan mengelakkan sebarang salah faham. Hanya sebab saya setuju nak tinggal semula denga awak bukan tiket untuk awak buli saya sesuka hati, faham?” Qistina mengutarakan hujahnya dengan petah. 

‘Ish, pandai juga kau ni…’ Qayyum sekadar mengangguk tanda faham. Dia sudah penat mahu bergaduh hari ini. Dia memberi isyarat tangan agar Qistina menceritakan tentang syarat-syarat tersebut. 

Di sini saya telah mengariskan beberapa syarat sepanjang kita tinggal sebumbung.” ujar Qistina sambil menunjukkan kertas yang tertulis syarat-syarat yang dia buat sendiri. "Pertama, saya tak nak berhenti kerja. Tak kira apa pun saya nak teruskan juga business cupcake saya tu, Jadi awak tak boleh nak paksa saya berhenti tanpa sebab-sebab yang tak munasabah.”

Qayyum mengeluh perlahan.“Itu sudah tentulah. Tak akanlah kau nak duduk terperuk kat rumah sampai bila-bila.” 

Qistina memuncungkan bibirnya. Dia tidak menyukai nada suara lelaki itu. Seolah-olah syarat yang dia utarakan tidak penting. ‘Tak apa Qis. Kau jangan mudah terkesan dengan perangai si poyo ni.’

“Kedua, sebab kita berdua sama-sama bekerja, kerja rumah kena dibahagi sama rata. Jangan nak beri alasan yang awak lelaki, awak tak nak tolong saya di dapur.” tambah Qistina. 

“Hem...” Qayyum mengangguk perlahan.

“Ketiga, segala apa yang terjadi, apa sahaja masalah yang melibatkan rumah tangga, kita kena  berbincang dan selesaikan sama-sama. Boleh?” 

“Okey,” Qayyum menjawab dengan nada yang bosan. Berapa banyak syarat yang perempuan ini ada agaknya? “Lagi?” soal Qayyum yang ingin perbincangan ini tamat secepat mungkin.

“Syarat keeempat, kalau boleh saya nak kita solat berjemaah sama-sama.”

Syarat keempat yang diutarakan oleh Qistina membuatkan Qayyum terkesima. Buat beberapa ketika lelaki itu berdiam diri. Mata bundar lelaki itu meneliti wajah Qistina seperti ingin mencari sesuatu daripada wajah wanita itu.

Qistina turut berdiam diri dan cuba untuk menelah fikiran lelaki itu. Susah sangatkah syarat keempat untuk Qayyum laksanakan? ‘Tak akanlah si Qayyum ni tak solat? Puhh! Kau jangan nak suka bersangka buruk Qis! Jangan pandai-pandai nak tuduh orang!’ Qistina memarahi dirinya. 

“Boleh tak ni?” soal Qistina dengan tidak sabar. Dia tidak mahu prasangka buruk meracuni fikirannya. Dia berharap sangat yang Qayyum akan menjawab ya.

Qayyum sekadar mengangguk perlahan tanpa berkata apa-apa. Qistina mengukir senyuman gembira lalu membulatkan nombor empat pada senarai di dalam kertasnya.

“Bagus, terima kasih di atas kerjasama awak. Harap kita dapat hidup bersama dalam keadaan yang harmoni.” Qistina menghulurkan tangan sebagai tanda perjanjian. Namun, Qayyum tidak tergesa-gesa untuk menyambut tangan wanita itu.

“Hem...” Qayyum memeluk tubuhnya. Raut wajahnya seperti sedang berfikir sesuatu yang berat. “Kenapa aku rasa macam kau tertinggal sesuatu?”

“Huh?” Qistina meneliti senarai yang tertulis di dalam kertasnya. Kesemua syarat yang ditulis telah dibulatkan sebagai tanda mereka berdua bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.  "Mana ada lagi syarat yang tertinggal?”

“Betul ni?” soal Qayyum dengan satu nada. Lelaki itu seolah-olah memberi peluang kepada Qistina untuk mengingati kembali apa yang dia terlupa mahu letak. Namun Qistina sekadar mengerutkan keningnya. Sumpah dia tidak tahu apa yang lelaki itu maksudkan.

“Betullah...eh?” Wajah Qistina pucat apabila Qayyum mendekatkan jarak antara mukanya dengan muka lelaki itu.

“Oh, jadi kau tak kisahlah kalau kau kena tidur sekatil dengan aku?” soal Qayyum. Lelaki itu sengaja ingin mengusik Qistina seperti yang dilakukan tempoh hari.

Namun, Qistina secara perlahan meleretkan senyuman yang sinis. Dia merapatkan lagi jarak antaranya mukanya dengan muka Qayyum agar matanya tepat memandang mata Qayyum. “Kenapa pula saya nak kisah? Kita kan suami isteri. Memang patut  pun kita kena tidur sekatil.”


Kali ini giliran Qayyum pula yang tergamam. Tiba-tiba sahaja wajahnya merona merah dengan perilaku mengejut isterinya, Raisya Qistina!



*** *** ***
Nota Feena ^-^:
Salam, haha dah lama betul tak post cerita ni. Maaflah. Seprti yang Feena beritahu dulu. Semuanya gara-gara komputer Feena rosak. Sekrang  ni barulah dapat beli komputer yang baru. Hehe...Insyaallah Feena akan cuba untuk update lagi. 
Terima kasih semua! Luv u oulls!!

No comments:

Post a Comment