Bab 7
“Saya dah ada kekasih! Itu dia, Ain Fazira!”
“Itulah dia pengakuan daripada
Encik Amirul Syakir anak kepada pemilik jenama produk minyak wangi yg terkenal
di Malaysia. Sebelum ini kita dikejutkan dengan gosip selebriti terkenal Dayana
di mana dia dikatakan pergi bercuti dengan Amir Fikri, abang kepada Amirul Syakir,
CEO KZ Perfumes dan gambar mereka di Maldives tersebar luas di laman sosial. Amir
Fikri dikatakan patah hati dengan isterinya yang dikatakan curang dengan Amirul
Syakir. Kini Amirul Syakir tampil mengaku Ain Fazira yang merupakan adik
angkatnya sebagai kekasih...”
Datin
Melisa menutup siaran televisyen dengan kasar. Tidak sanggup untuk mendengar
lebih lanjut tentang gosip terbaru yang berkaitan dengan keluarganya lagi. Pandangannya beralih kepada Amirul Syakir, Ain
Fazira dan Shirin yang berdiri di hadapannya seperti pelajar yang sedang
menunggu hukuman daripada guru disiplin.
Datin
Melisa menarik nafas dalam-dalam. Oleh sebab Dato’ Farid masih lagi ditahan di
wad, tugas untuk mentadbir keluarga terletak pada tangannya. Dia tidak boleh
membiarkan amarahnya mengaburkan fikirannya dalam membuat keputusan.
“Fikri...bila
dia kata dia akan balik?” Soalnya kepada Luqman yang berdiri di sisinya.
“Kemungkinan
hari ni atau esok, datin.” Ujar peguam muda itu.
“Luqman,
tolong pastikan yang pihak media tak besar-besarkan lagi skandal ni. Dan
beritahu mereka yang kita akan beri maklum balas tidak lama lagi. Suruh
bahagian PR kita untuk buat persediaan.” Arah Datin Melisa tanpa ragu-ragu.
Wanita separuh abad itu dengan mudahnya menunjukkan kehandalannya dalam
menguruskan masalah syarikat walaupun sudah lama dia tidak terlibat dalam
pengurusan syarikat.
“Baik
datin. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu.” Ujar Luqman. Dia meninggalkan ruang
tamu rumah agam keluarga Dato’ Farid selepas sempat memerhatikan Ain Fazira
yang cuba berlagak tenang di hadapan Datin Melisa