BAb 6
“Emm...sedapnya blueberry cheese cake yang I
beli kat Secret’s Recipe ni...” Ujar Sophie sambil menyuapkan kek itu ke
mulutnya. Rasa kek keju itu yang lembut dan gebu membuatkan dia terasa seperti
di awangan.
Sophie
memuncungkan bibirnya. Matanya berpaling Ain Fazira tidak memberikan sebarang
respon kepada lawaknya. Hanya termenung sahaja di hadapan televisyen.
‘Setahu
aku, aku tak ada buat masalah hari ini.’ Sophie mengaru-garu kepalanya yang
tidak gatal.
Sophie
bangun lalu duduk di sebelah Ain Fazira. Dia mengerakkan tangannya beberapa kali
di hadapan Ain Fazira. Namun sahabatnya itu tidak memberikan sebarang reaksi
lalu dia mengambil keputusan untuk menjentik dahi sahabat baiknya itu.
“Arghh!” Jeritan kecil keluar dari
mulut Sophie apabila jari telunjuknya dipulas oleh Ain Fazira.
“Faz, sakitlah!” Ujar Sophie.
“Jangan nak berpura-puralah. I pulas jari you sikit je. Lain kali jangan cuba nak aniaya orang, okey?” Balas Ain Fazira yang tidak
melepaskan pandangannya daripada televisyen.
“Yang you tu senyap saja dari tadi, tu yang I pelik tu.” Sophie merungut sambil mengurut-gurut jari
telunjuknya.
Ain Fazira sekadar mengelengkan
kepalanya. Dia tahu Sophie hanya berlakon sakit sahaja. Bagi Sophie yang
merupakan pemegang tali pinggang Taekwondo berwarna hitam, pulasan sebegitu
ibarat kena cucuk dengan pencungkil gigi sahaja.
“You tu, pergi mana semalam?” Soal Ain
Fazira pula. Dia malas mahu memikirkan tentang peristiwa semalam dengan Amirul
Syakir. Buat sakit hati sahaja.
“He he... I pergi cari kerjalah.”
“Habis
tu, I bosanlah duduk terperuk je kat
rumah ni. Sekurang-kurang bila I
kerja hilang sikit rasa bosan tu.” Jawab Sophie dengan jujur.
Sekali lagi Ain Fazira tersenyum
mendengar jawapan Sophie. Hanya orang seperti Sophie sahaja yang menjadikan
kerja sebagai pengisi masa lapang. Apa tidaknya, Sophie bukan orang sebarangan.
Dia adalah pewaris empayar produk kecantikan antarabangsa yang berpusat di
London. Kalau Sophie tidak bekerja seumur hidup pun tidak mengapa.
Sophie yang kebosanan kemudian mengambil
surat khabar lalu membuka ruangan hiburan.
“Hah, Faz!!!” Jeritan Sophie yang
nyaring mengejutkan Ain Fazira.
“Kenapa?!” Ujarnya.
“Cuba tengok gambar ni. Ni bukan ‘Remy
Ishak’ ke?”
“Remy Ishak? Pelakon drama Nur Kaseh
ke?”
“Bukanlah, ‘Remy Ishak’ yang selamatkan
kita hari tu.”
‘Abang Syakir?’ Ain Fazira mengagak.
Sahabat baiknya itu ada tabiat menyamakan orang yang dia baru kenali dengan
pelakon Melayu yang hampir serupa wajahnya. Dan dia belum beritahu lagi bahawa
lelaki yang menyelamatkan mereka itu adalah Amirul Syakir, salah seorang anak
kepada ayah angkatnya.
Ain
Fazira melihat ruangan gossip itu. Terdapat gambar Amirul Syakir dan gambar
seorang lelaki dan seorang perempuan berpakaian pengantin serta seorang wanita
persis seorang model.
“Selebriti Malaysia terkenal, Dayana dikatakan bercuti di Maldives bersama
Amir Fikri, CEO KZ Perfumes, syarikat pengeluar minyak wangi yang terbesar di
Malaysia. Dikatakan bahawa Amir Fikri mengalami pergolakan rumah tangga dengan
isterinya yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Amirul Syakir, adik
Amir Fikri.” Sophie membaca sedikit petikan daripada berita tersebut.
“Why
do i get a familiar feeling?” Ujar Sophie. “Macam pernah jumpa...”
Sophie dan Ain Fazira saling
berpandangan lalu sama-sama berkata. “AIRPORT!”
Tidak sampai beberapa saat,
kedengaran lagu Pachebel Canon in D, nada dering telefon Ain Fazira. Dia segera
menyambut panggilan daripada orang yang paling tidak disangka-sangka, Luqman.
“Kenapa?” Soal Sophie yang pelik
melihat wajah Ain Fazira berubah serius selepas menerima panggilan tersebut.
“Ppapa...papa masuk hospital.”
***
Amirul
Syakir termengah-mengah kepenatan. Dia bernasib baik kerana dibantu oleh
pengawal hospital yang menghalang wartawan-wartawan daripada mengasaknya dengan
pelbagai soalan.
‘Dia orang ni memang tak ada kerja
lain. Tahu nak menyibuk hal orang je!’ Rungutnya di dalam hati.
Langkah
Amirul Syakir terhenti di pintu wad ayahnya. Perasaan takut dan bersalah
mencegah dirinya daripada membuka pintu tersebut. Dia mencari-cari alasan yang
sesuai bagi masalah yang melanda ini.
“Kenapa
awak terjongok kat depan ni?”
Hampir
terlonjak Amirul Syakir apabila mendengar suara Ain Fazira. “A..WAK?! Apa yang
awak buat kat sini?” Soalnya.
“Jenguk
papalah, takkan nak pergi shopping
pula.” Jawab Ain Fazira dengan nada yang sinis.
‘Eh,
eh, pandai juga perempuan ni ‘loyar’ buruk.’ Ujar Amirul Syakir di dalam hati.
“Cepatlah,”
ujar Ain Fazira lagi.
“Cepat
apa?” Soal Amirul Syakir, tidak faham.
Ain
Fazira menjeling ke arah tombol pintu yang masih dipegang oleh Amirul Syakir
sambil memberi isyarat agar lelaki itu cepat membuka pintu wad tersebut. Amirul
Syakir teragak-agak buat seketika. Namun apabila memikirkan ada Ain Fazira menemaninya,
rasa gerun untuk berdepan dengan keluarganya kurang sedikit.
Amirul
Syakir membuka pintu wad lalu memasukinya dan diikuti dengan Ain Fazira.
Kelihatan Dato’ Farid Badrul terlantar tidak sedarkan diri di katil wad yang
mewah itu. Wajahnya berkerut seperti sedang menanggung seribu satu masalah.
Ain
Fazira terasa seperti mahu menerpa ke arah Dato’ Farid Badrul tetapi kehadiran
tiga orang ahli keluarga ayah angkatnya membatalkan hasratnya. Ini merupakan
kali pertama Ain Fazira berjumpa dengan mereka selepas pulang dari luar negara.
“Assalamualaikum,
datin, Nazira, Syafiq.” Ujarnya dengan teliti dengan berhati-hati.
Ain
Fazira mendekati Datin Melisa untuk mencium tangan ibu angkatnya itu. Wanita
ternama itu menghulurkan tangannya dengan wajah yang serius. Walaupun tiada
sebarang kemesraan antara mereka berdua, Datin Melisa tidak pula menunjukkan
rasa tidak senang akan kehadiran anak angkatnya itu.
Manakala
Amira Nazira terang-terangan tidak menyukai kakak angkatnya. Malah tidak
teringin pun nak berdekatan dengan orang yang baginya tidak setaraf dengannya.
Berbeza pula dengan kembarnya, Amirul Syafiq yang menunjukkan wajah tidak
kisah. Baginya apa yang lebih penting adalah kesihatan Dato’ Farid Badrul.
Amira
Nazira sengaja melanggar bahu Ain Fazira lalu menerpa ke arah Amirul Syakir.
“Abang Kir, betul ke skandal ni? Abang tahu tak semua kawan Naz telefon nak
tahu pasal skandal ni. Semua orang post
komen kat Twitter dengan Facebook tau.”
“Naz, perlahankan suara. Papa kan sedang berehat tu.” Ujar Datin
Melisa dengan nada yang tegas membuatkan Amira Nazira memuncungkan mulutnya.
“Kir, ikut mummy sekarang!” Arah
Datin Melisa kepada Amirul Syakir. Terpancar sinar kemarahan di mata wanita
separuh abad itu.
Ain Fazira melihat sahaja Amirul
Syakir dengan Datin Melisa keluar dari bilik wad tersebut. Dia sendiri takut
untuk menghadapi api kemarahan wanita itu. Datin Melisa terkenal dengan
ketegasan dan paling penting kegarangannya dalam mendidik anak. Tidak sesiapa
yang dapat membantah kata-kata wanita itu apabila dia marah.
Ain Fazira mengambil kesempatan
melihat untuk keadaan Dato’ Farid Badrul yang terlantar di katil wad. Amira
Nazira menjeling ke arahnya sebelum duduk di sofa yang disediakan di wad yang
eksklusif seperti bilik hotel lima bintang itu.
“Aa..kak, bila balik dari overseas?” Soal Amirul Syafiq cuba untuk
berbasa-basi.
“Dalam dua minggu lepas.” Jawab Ain Fazira.
Seperti biasa dia tidak melanjutkan perbualannya. Amirul Syafiq mengangguk
dengan perasaan yang kekok.
Ain
Fazira kemudiannya membuka pintu wad untuk menjawab telefonnya. Dia terlihat
Amirul Syakir dimarahi oleh Datin Melisa di satu sudut yang tersembunyi dengan
pokok hiasan. Jelas sekali Datin Melisa tidak suka akan masalah yang melanda
keluarga mereka di saat syarikat KZ Perfumes sedang mengalami krisis kewangan.
Tiba-tiba telefon Datin Melisa pula
berdering, membuatkan Ain Fazira yang sedang memasang telinga sedikit terkejut.
Datin Melisa dan Amirul Syakir menjumpai Ain Fazira di tepi dinding.
“Maaf...” Kata-kata Ain Fazira
terhenti dek isyarat tangan Datin Melisa. Wanita separuh abad itu mahu menjawab
panggilannya dulu.
“Waalaikummussalam, Pak San. Apa
dia?! Pak San dengan Shirin kena ‘serang’ dengan wartawan dekat depan rumah?!”
Mata Amirul Syakir membesar apabila
mendengar kata-kata ibunya. Dia tidak teragak-agak untuk berlari keluar dari
hospital untuk pergi menolong Shirin.
Datin Melisa memandang Ain Fazira
yang memberi makna agar wanita itu mengikuti anaknya. Ain Fazira mengangguk perlahan
lalu mengikuti Amirul Syakir dari belakang.
“Hishh, abang Syakir ni! Tak ‘makan’
saman betul!” Rungut Ain Fazira.
***
“Awak ni memang penyibuklah.” Ujar
Amirul Syakir. Sedari tadi lagi dia asyik merungut kerana Ain Fazira bertegas
untuk mengikutinya.
“Lebih baik awak kurangkan
penggunaan mulut awak dan gunakan otak awak untuk cari jalan penyelesaian bagi
masalah ni.”
“Huh, cakap senanglah. Awak bukan
tahu apa-apa pun...”
“Awak dengan kak Shirin kawan satu universiti.
Hubungan kamu berdua rapat sampai kedua belah pihak dah kenal antara satu sama
lain tapi tiba-tiba awak menghilangkan diri selama hampir setengah tahun dan
pulang selepas sebulan perkahwinan abang Fikri dan kak Shirin berlangsung.”
Jelas Ain Fazira tanpa berpaling ke arah Amirul Syakir. “Ada apa-apa lagi yang
saya tertinggal?”
Amirul Syakir terdiam tak terkata. ‘Perempuan
ni macam ada upah penyiasat pula...’
“Saya tak upah penyiasatlah. Papa suka bercerita tentang ‘kenakalan’
anak-anak dia bila saya telefon papa.”
Ujar Ain Fazira seolah-olah dapat membaca fikiran Amirul Syakir. Perangai
wanita muda itu membuatkan Amirul Syakir sedikit bengang.
“Awa...”
“Jangan salahkan saya. Awak sendiri
yang benarkan saya baca fikiran awak. Muka awak tu tak pandai menipu.” Ujar Ain
Fazira lagi menambahkan rasa geram di hati Amirul Syakir.
“Layan awak ni boleh buat saya sakit
jiwa tahu tak.” Amirul Syakir mengaku kalah lalu menumpukan perhatiannya pada
jalan raya.
Ain Fazira tersenyum di dalam hati.
Sekurang-kurangnya dia berjaya untuk membantu Amirul Syakir melupakan sejenak masalah
yang melanda sekarang.
Kereta Honda Civic Amirul Syakir
berhenti di hadapan rumah agam tiga tingkat milik keluarga Dato’ Farid.
Kelihatan pemandu peribadi keluarga dan dua orang gajinya sedang melindungi
Shirin daripada diasak oleh sekumpulan wartawan.
“Apa yang kamu semua buat ni?!!”
Bentak Amirul Syakir yang menerpa ke arah kerumunan wartawan itu seperti singa
yang kelaparan. “Kalau kamu semua tak pergi sekarang siaplah...”
“Ah, Encik Syakir, betul ke yang
Encik Syakir ada hubungan sulit dengan Puan Shirin?”
“Dengar kata Encik Syakir dan Encik
Fikri bergaduh di KLIA sebelum Encik Fikri berlepas ke Maldives dengan Dayana,
betul ke?”
“Selepas ini adakah Puan Shirin akan
diceraikan oleh suaminya?”
“Kamu semua jangan nak merepek!!!”
Tempelak Amirul Syakir dengan garang. “Apa yang kamu dengar tentang hubungan
sulit saya dengan kakak ipar saya tak benar. Itu semua fitnah! Saya...dah ada
kekasih!”
Pengakuan Amirul Syakir membuatkan
semua orang termasuk Ain Fazira terpinga-pinga. ‘Sejak bila pula abang Syakir
ada kekasih ni?’
Amirul Syakir berpaling ke kiri dan
ke kanan sebelum matanya tertumpu pada Ain Fazira. Dia dengan yakinnya menudingkan
jarinya ke arah wanita itu. “Itu dia kekasih saya, Ain Fazira!!”
***
p.s.
Salam semua, 1st sekali Feena nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog. Banyak faktor sebenarnya:- 1) sibuk dengan assignment dan project 2) mencari ilham 3) tengok drama korea, hehe...
Macam mana dengan kisah kali ini? Geram tak dengan si Amirul Syakir yang tak pasal-pasal mengaku Ain Fazira kekasih semata-mata nak menidakkan skandal antara dia dengan Shirin? Kali ini, Feena perkenalkan dua watak baru Amira Nazira dan Amirul Syafiq. Diaorang ni kembar tau. Hehe, okeylah. Feena berhenti setakat ni. Insyallah, Feena akan try update lagi secepat mungkin. Luv u all!!
Geram lah sambung lagi boleh.
ReplyDeleteinsyallah ^^
ReplyDelete