Thursday 3 October 2013

Coretan 4: Terima Kasih!!

Salam semua,
Korang semua mesti perasan kan yang blog Feena kali ini dah berwajah baru!!! Kali ini Feena puas hati sangat dengan penampilan blog Feena sudah nampak lebih kemas dan feminin. (Siap ada kelopak bunga ros jatuh lagi, jangan main-main)http://matcuoi.com Nampaknya segala penat lelah Feena sehari semalam mengadap komputer terbalas juga.

Hah, ini semua adalah jasa si pembuat-pembuat tutorial tentang blog kat google. Kalau diaorang tak buat tutorial tu, memang sampai tahun depan pun Feena tak tahu nak buat kelopak bunga berguguran. Kudos kepada anda semua. You are all the best!! (Sorry sebab tak dapat nak sebut nama sebab Feena pun dah tak ingat ambil tutorial siapa)http://matcuoi.com

Kepada pembaca blog ni pun Feena nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca. Insyallah, Feena akan try update secepat mungkin. ( Itupun kalau tak alami writer block)http://matcuoi.com Kalau boleh sudi-sudilah komen.

Terima kasih semua, thank you, shukran, xie xie, shokria, arigato, kamsa hamnida ^^ !!!!http://matcuoi.com

FYI, Dia Tunang Saya 5

Bab 5
Ain Fazira menghenyakkan tubuhnya ke kerusi. Senyuman di bibirnya mengendur serta-merta selepas Dato’ Farid Badrul keluar dari bilik pejabatnya.
         “Kenapa dalam ramai-ramai orang, orang yang selamatkan aku adalah abang Syakir?” Getus hatinya.
        Ain Fazira memegang kepalanya yang sedang kusut. Dia teringat kembali renungan tajam Amirul Syakir sewaktu di bilik mesyuarat tadi. Pasti lelaki itu menyangka dia telah menipu lelaki itu.
          Tiba-tiba Amirul Syakir muncul di hadapan pintu bilik tanpa sebarang amaran. Ain Fazira memandang lelaki itu tanpa sebarang kata. Lelaki itu merenungnya seperti ingin ditelannya hidup-hidup.
“Ikut saya sekarang.” Ujar Amirul Syakir yang kedengaran seperti satu arahan yang wajib dipatuhi.
           Ain Fazira menurut sahaja tanpa sebarang bicara. Risau akan berlaku kekecohan jika dia membantah.
            Amirul Syakir membawa Ain Fazira ke bahagian bumbung bangunan tersebut yang dijadikan taman untuk pekerja KZ Perfumes berehat pada waktu senggang. Amirul Syakir berdiri di hadapan beranda bumbung tersebut lalu melonggarkan ikatan tali lehernya. Dia menarik nafas panjang sebelum berpaling ke arah Ain Fazira.