Thursday 1 August 2013

FYI, Dia Tunang Saya 3




Bab 3
Datin Melisa duduk keseorangan di meja makan. Sarapan yang disediakan oleh pembantu rumahnya dipandang sepi. Seleranya mati memikirkan tiada sesiapa yang menemaninya untuk makan bersama.

            “Ingatkan hari minggu macam ni adalah juga orang melekat kat rumah. Ini, sampai orang gaji aku pun minta cuti. Hai, budak-budak ni memang nak kena.”

            “Hai, cakap seorang diri nampak.” Kelibat Dato’ Farid Badrul  yang turun dari tangga mengejutkan Datin Melisa.

            “Ishh, abang ini! Terkejut saya.” Datin Melisa segera bangun untuk melayan suaminya. Dia menyeduk nasi goreng ke pinggan Dato’ Farid Badrul. Air kopi kegemaran suaminya dituang ke cawan dan diletakkan berdekatan dengan pinggan berisi nasi goreng tersebut.

            “Yang lain mana? Dah keluar ke?” Dato’ Farid Badrul membuka surat khabar yang diletakkan khas untuknya di tepi meja.

            “Hem,” balas Datin Melisa yang tidak dapat menyembunyikan rasa tidak puas hatinya.

           “Syafiq pun?”

            “A’ah! Anak-anak kita ini mana reti  lekat rumah. Hish, geram betul saya. Nazira itu awal pagi lagi dah keluar, katanya nak pergi berkelah dengan kawan. Syafiq pula ada tennis practice. Abang-abang dia orang lagi teruk.” Rungut Datin Melisa.


            “Nak buat macam mana. si Fikri kan dah kahwin. Mana boleh balik selalu.” Ujar Dato’ Farid Badrul sambil menghirup kopinya.

            “Si Fikri itu saya fahamlah tapi yang satu lagi, si Syakir itu. Mana agaknya dia pergi semalam, sampai sekarang tak balik-balik lagi. Saya perasan dah dua tiga hari dia buat perangai macam ini.”

            “Assalamualaikum,” suara Amirul Syakir yang keletihan menghentikan perbualan mereka.

Mata Datin Melisa tajam menatap anak bujangnya yang baru pulang itu. “Panjang umur! Syakir pergi mana? Kenapa sekarang baru balik? Kenapa mummy telefon tak angkat?” Soalnya, bertubi-tubi.

“Syakir ada hal semalam.” Jawab Amirul Syakir pendek. Dia mengatur langkahnya ke arah tangga tanpa mempedulikan pandangan tajam ibunya.

“Syakii...”

“Dah, biarlah dia pergi rehat. Awak tak nampak ke yang si Syakir itu penat.” Potong Dato’ Farid Badrul, menyelamatkan anaknya daripada bebelan Datin Melisa. “Ah, abang nak beritahu yang abang tak balik makan tengahari...”

            “Jangan nak mengada-gada!” Bantah Datin Melisa. “Abang nak pergi lunch dengan siapa? Dengan orang yang saya kenal ke? Lelaki ke perempuan? Baik abang cakap cepat!”

            “Awak ini kan. Asyik nak cemburu buta saja. Saya nak pergi lunch dengan Luqmanlah, Luqman!” Jelas Dato’ Farid Badrul.

            Datin Melisa sekadar memuncungkan mulutnya, tidak puas hati.

         Amirul Syakir sekadar memerhati pertelingkahan ibu bapanya sebelum naik ke bilik tidurnya. Saat pintu bilik dibuka, dia terus melempar jaketnya ke lantai dan menghenyakkan tubuhnya ke katil. Rasa penat dan mengantuk menguasai dirinya.
            
         Amirul Syakir cuba untuk melelapkan mata tetapi tidak berjaya. Fikirannya masih berserabut dengan masalah Shireen. Dia mengeluh perlahan, memarahi diri yang tidak mampu mencari jalan penyelesaian. Tangannya mencapai telefon bimbit yang terletak dalam saku seluar lalu  mendail nombor Amir Fikri tetapi telefon bimbit lelaki itu dimatikan.

           “Hish, kau memang sengaja kan!” Dia membaling telefon bimbitnya ke lantai.

***

Sophie membuka matanya yang terganggu dengan sinar matahari yang cerah. Dia bangun sambil mengosok-gosok matanya. Dalam keadaan mamai, dia melihat jam dinding.

            “Eh, dah pukul sembilan pagi. Biasanya walaupun I ‘cuti’, Faz mesti akan kejutkan I pukul tujuh pagi untuk pergi jogging sama-sama. Weird...Kenapa rasa sunyi sangat ini? Faz dah keluar ke?” Soalnya di dalam hati.

            “Faz, Faz! You tak keluar without making breakfast, right?”

            Sophie melangkah ke meja makan dalam keadaan masih memakai baju tidur. Dia rasa malas mahu mandi awal-awal. Tudung saji besi yang terletak di atas meja itu menarik perhatiannya. Tanpa membuang masa dia membuka tudung saji itu. Tersedia salad, roti bakar bersama buah potong.

            “Thanks, Faz!” Sophie duduk di kerusi dengan gembiranya. Perutnya memang sudah berkeroncong 
sedari tadi. Sedang dia mahu mengambil roti bakar, dia baru perasan terdapat post-it note dekat peti sejuk.

            Sophie mencapai sekeping roti bakar lalu disuakan ke mulutnya tanpa terfikir unyuk menggosok gigi. Dia kemudiannya bangun dan duduk di atas meja makan yang berhadapan dengan peti sejuk tersebut.

Soph,
I ada lunch appointment dengan papa. So, you pandai-pandailah order Pizza ke, Domino ke. Lepas breakfast, jangan lupa basuh pinggan dan sidai baju yang ada dalam washing machine. Don’t ever try to go out without me.                                                                                                           
-Faz

            What, lunch without me? Order pizza? Wash dishes and do laundry? Dia ingat dia siapa nak arah-arah I sedangkan dia seronok dapat makan dekat hotel. Note ini, baik I buang lepas tu cakap dengan Faz yang I tak tahu apa-apa. Hi hi...” Sophie menarik post-it note yang berwarna kuning itu. Namun terdapat satu lagi post-it note berwarna merah terlekat di belakang post-it note tadi. Sophie membacanya dengan kening yang berkerut.

:-< Kalau you BERANI, cubalah tak ikut arahan I. For You Information, it’s your fault sampai I kena tangguhkan dinner appointment I dengan papa dua malam lepas. Sebab accident malam tu, dahi I cedera. For Your Infomation, because of YOU, again! Kalau I balik tengok pinggan mangkuk tak berbasuh, I akan beritahu Mama Ann, you ada kat sini. FAHAM!!!!!
           
            “Ishh, Faz ini! Asyik nak buat orang rasa bersalah saja. Okay, okay, I buat, I buat!” Jawab Sophie seolah-olah Ain Fazira ada di hadapannya.

            Sophie menghabiskan roti di tanggannya lalu mengambil mangkuk salad dan duduk di hadapan televisyen. Tangannya terus mencapai alat kawalan televisyen, cuba untuk menghilangkan rasa geramnya dengan menonton televisyen. Rancangan Malaysia Hari Ini menarik perhatiannya.

            “Wow, hari ini ada konsert dekat KLCC! Seronoknya! Nak pergilah!” Teriaknya. “Tapi Faz kata kena duduk rumah...”

            Sophie menonton temu bual pengacara rancangan tersebut dengan penganjur konsert yang akan diadakan lewat petang nanti dengan hati yang berat. Mana tidaknya, konsert itu akan disertai oleh artis Malaysia kegemarannya. Bukan selalu dia boleh pergi tengok artis Malaysia menyanyi secara langsung. Di London, dia cuma mampu tonton di Internet sahaja.

            “Kalau I pergi awal lepas itu balik sebelum Faz balik, dia mesti tak tahu, kan. He..he..” Sophie tersengih –sengih macam kerang busuk memikirkan rancangannya.       

***

Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa Ain Fazira yang duduk bersimpuh di tepi sebuah kubur yang berbatu marmar putih. Dia membetulkan kembali selendangnya yang hampir jatuh akibat ditiup angin. Matanya kelihatan berkaca membaca surah Yasin untuk disedekahkan kepada pemilik kubur tersebut.

            Selepas membaca Yasin dan doa, Ain Fazira menyiram air ke kubur yang dihiasi pohon kemboja berwarna putih kekuningan itu. Dia kemudiannya merenung kubur tersebut, lama tanpa sepatah kata. Nama yang terpahat pada batu nisan berwarna putih itu ditatap dengan penuh sayu.

            ‘Ana Syakila Bt. Farid Badrul’

            
           ‘Kak Sya, terima kasih.’ Bisik hati kecilnya. ‘ Terima kasih sebab beri peluang kedua untuk Ain terus hidup. Walaupun tanpa akak, hidup Ain seakan hilang maknanya tapi Ain janji akan lakukan apa sahaja untuk membalas budi akak. Ain janji akan lindungi keluarga akak sebagaimana yang akak pernah buat dulu.’
        
       Setitik air mata jatuh ke pipi Ain Fazira. Dia tidak mampu lagi mengawal perasaannya. Segala kenangannya bersama denga arwah Ana bermain-main di fikirannya, membuatkan hatinya terasa ngilu. Arwah Ana Syakila sudah dianggap seperti kakaknya sendiri sama seperti Syida. Malah arwahlah yang membawanya keluar dari kegelapan. Yang menghulurkan tangan di saat dia terumbang-ambing di jalanan. Walaupun sudah hampir tujuh tahun arwah meninggal, kenangan mereka bersama tidak pernah luput dari ingatannya.
       
            “Faz...”

       Ain Fazira mengangkat wajahnya. Wajah yang sudah lama tidak dia jumpai memenuhi ruang pandangannya.

            “Papa...” Ain Fazira segera menyeka saki-baki air mata lalu tersenyum ke arah Dato’ Farid Badrul. Orang tua yang dia amat hormati itu ditatap dengan penuh rindu.

            Dato’ Farid Badrul tersenyum lalu duduk bersila bersebelahan dengan Ain Fazira. Dia mengambil surah Yasin milik gadis itu lalu dibaca dengan khusyuk. Matanya kelihatan merah dan berair.

            “Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmat kepada arwah anakku, Ana Syakila. Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman. Kau lapangkanlah kuburnya dan Kau ampunilah segala dosanya. Amin, Ya Rabba Alamin.” Dato’ Farid Badrul menghabisi doanya. Dia mengusap batu nisan kubur milik arwah anaknya itu dengan penuh kasih sayang.

“Macam mana papa tahu yang Faz ada dekat sini?” Soal Ain Fazira setelah lama berdiam diri.

 Dato’ Farid Badrul memalingkan mukanya kepada Ain Fazira. “Papa dah agak yang Faz mesti jenguk kubur arwah dulu sebelum jumpa papa. Terima kasih Faz sebab tak lupakan arwah.”

            Ain Fazira tersenyum kelat. “Mana boleh saya lupakan orang telah menyelamatkan saya. Selagi ‘jantung’ dalam badan saya berdegup, selagi itulah budi arwah Kak Sya pada saya tak akan pernah luput.” Ujarnya sambil merasai degupan jantung miliknya yang mengalir deras.

            Dato’ Farid Badrul turut tersenyum kelat. Anaknya, arwah Ana Syakila banyak berbudi kepada orang. Arwah tidak pernah membangga diri dengan statusnya sebagai anak orang berada. Walaupun rasa terkilan anak sulungnya itu meninggal terlebih dahulu sebelum dirinya tetapi dia turut berasa bangga kerana memiliki anak yang berhati mulia.

            “Sudahlah, Faz. Lupakan segala kenangan lampau. Yang penting sekarang adalah masa depan. Mari,” ujar Dato’ Farid Badrul lalu bingkas bangun dan bergerak untuk meninggalkan perkuburan itu.

            Ain Fazira menuruti langkah Dato’ Farid Badrul sebelum berpaling semula ke arah kubur yang memiliki pokok kemboja kuning itu. Dia berjanji di dalam hati untuk kembali ke situ sekali lagi.

            “Bagaimana perasaan pulang ke Malaysia lepas tujuh tahun tinggal kat overseas?” Soal Dato’ Farid Badrul, cubu untuk membuang perasaan sedih.

            “Rasa macam tak percaya.” Jawab Ain Fazira, pendek.

            “Oh?”

            Ain Fazira tersenyum lalu ketawa kecil. “Rasa macam tak percaya yang saya dapat juga pulang ke tanah air saya. Saya ingatkan saya akan rasa terasing dan kekok apabila pulang ke sini tapi Malaysia yang saya tahu dulu dan sekarang tak pernah berubah. Suasananya juga. Yang berubah mungkin cuaca, sebab seingat saya, Malaysia tak adalah sepanas sekarang.”

            “Haha..” Penjelasan Ain Fazira membuatkan Dato’ Farid Badrul turut tertawa. “Mungkin suasana di Malaysia tak berubah tapi papa tengok Faz dah banyak berubah sekarang. Dah makin cantik dan matang. Dah pandai buat lawak pula ye.”

            “Mana ada...” Mata Ain Fazira membesar apabila melihat satu susuk tubuh yang berdiri di hadapan kereta BMW milik Dato’ Farid Badrul. Dengan tidak semena-mena jantungnya berdegup pantas.

            “Ah, dah datang dah pun.” Dato’ Farid Badrul menepuk bahu lelaki yang berkaca mata itu lalu bersalaman dengannya. Dia tidak perasan akan Ain Fazira yang membatu di tengah jalan.

            “Dato’,”sapa lelaki itu yang memakai kot berwarna hitam dengan penuh hormat dan serius. Sejajar itu, matanya berpaling ke arah Ain Fazira yang cuba untuk menenangkan perasaannya.

            “Hai, Faz. Tak akanlah sebab dah lama tak jumpa, Faz tak kenal dia ni,” usik Dato’ Farid Badrul yang tidak dapat membaca air muka Ain Fazira yang tidak selesa berhadapan lelaki itu.

            Ain Fazira menarik nafas dalam-dalam. “Kau boleh buat, Faz.” Bisik hatinya, memberikan kata semangat. Dia melangkah mendekati Dato’ Farid Badrul dan lelaki itu.


            “Abang Luqman, dah lama tak jumpa,” ujarnya, menyembunyikan rasa gemuruhnya dengan senyuman.

*** 
Nota Feena: Salam, semua. http://matcuoi.com
Sekali lagi Feena minta maaf sebab dah  hampir sebulan tak update blog. Feena agak sibuk dgn short sem dan bulan puasa ni biasalah, idea kureng sikit.

Kali ini Feena update cerita FYI yang terbaru. Macam mana? Suspen tak? Kali ini Feena perkenalkan banyak watak baru. Dato' Farid Badrul pun ada dalam bab kali ini. Boleh teka tak siapa sebenarnya Luqman tu? Dan apa sebenarnya hubungan Ain Fazira dengan arwah Ana Syakila?

Kalau nak tahu kenalah tunggu sambungannya^^.
Jumpa lagi lain kali dan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya. Read & comment, ok?
http://matcuoi.com

No comments:

Post a Comment