Pertama sekali Feena nak ucapkan banyak-banyak terima kasih
Tujuan Feena menghasilkan blog ini adalah untuk berkongsi karya-karya Feena dengan kawan-kawan semua dan nak dapatkan komen yang membina (chewah!!).
Sebenarnya minat menulis Feena mula tumbuh apabila sewaktu Feena di sekolah menengah. Feena sebenarnya dari dulu lagi suka berangan (tapi dalam kepalalah
Bila dah siap, Feena pun 'approach' dia dan tanya pendapat dia, hehe. Sejak dari itu kami jadi 'bestfriend' dan kami selalu berbincang tentang jalan cerita yang kami buat. Sebenarnya banyak juga cerita yang Feena dah buat waktu sekolah menengah tapi Feena tulis tangan je. Bila baca balik rasa malu pun ada sebab waktu tu 'writting skill' Feena sangatlah teruk.
Sekarang ni, Feena berura-ura nak tulis balik semua cerita tu dan buat manuskrip untuk hantar kat 'publisher'. Selain itu, Feena turut hantar karya kat novelmelayukreatif.com dan penulisan2u.my. Feena anggap itu sebagai batu loncatan. Mana tahu kalau karya Feena bagus, bolehlah dibukukan.
Oklah sampai sini sahaja pembuka kata dari Feena. Feena harap kawan-kawan semua dapat beri sokongan kepada Feena, Luv U.
No comments:
Post a Comment